KUANTAN: Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) mendapati tiada kes jangkitan COVID-19 dan penyakit bawaan air terhadap mangsa banjir yang berada pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Pengarahnya, Dato’ Dr Nor Azimi Yunus, berkata pihaknya juga tidak menemui kes cacar air, taun, kencing tikus, penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD) dan denggi terhadap 1,014 mangsa banjir yang dibuat saringan gejala COVID-19 sebelum memasuki PPS.
“Bilik Gerakan Banjir Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC) JKNP dibuka sejak 12 Disember lalu, bagi menyelaras pasukan perubatan dan kesihatan di kawasan bencana,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD