Mangsa banjir di Terengganu catat kenaikan

Mangsa banjir di Terengganu catat kenaikan

KUANTAN: Terengganu merekodkan peningkatan jumlah penduduk terjejas iaitu 41,036 mangsa banjir daripada 11,408 keluarga pada 9 pagi, hari ini.

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kira-kira 300 PPS dibuka di lapan daerah di negeri itu.

Lapan daerah yang terbabit dengan banjir adalah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang.

Daripada 41,036 mangsa yang berada di PPS, 1,662 adalah warga emas manakala 1,297 bayi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN