Mangsa banjir Kelantan naik kepada 29,432

Mangsa banjir Kelantan naik kepada 29,432

KUANTAN: Kelantan merekodkan 29,432 mangsa banjir daripada 10,225 keluarga, sehingga kira-kira 4 petang, hari ini.

Angka itu naik berbanding 25,353 mangsa banjir daripada 6,897 keluarga, pada kira-kira 8 pagi, pada hari yang sama. .

Menerusi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa kini ditempatkan di 143 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah di negeri itu.

Daerah berkenaan ialah Pasir Mas, Pasir Puteh  Tumpat, Kota Bharu, Kuala Krai, Tanah Merah, Machang dan Bachok. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN