KUANTAN: Walaupun ditimpa banjir dan ditempatkan di pusat penempatan sementara banjir di Sekolah Menengah Panglima Perang , peniaga pakaian terpakai, Mohd Yusmi Mohd Tajuddin masih gagah membantu mangsa lain.
Beliau yang berniaga di Taman Kerang, dibantu isteri, Nurul Ain Che Lah membuka ruang di pusat penempatan itu dan memberi pakaian terpakai percuma kepada mangsa banjir.
“Kami tidak dapat berniaga kerana banjir dan dengan dorongan isteri, saya membuka tapak untuk mangsa banjir mengambil pakaian secara percuma. Malah, saya juga mengumpul pakaian daripada rakan niaga lain yang turut menyumbang pakaian terpakai,” katanya. – YOP AJI
ends