Manis tapi pahit, kata Sh Mohamed Puzi 

Manis tapi pahit, kata Sh Mohamed Puzi 

PEKAN: Walaupun menang di kerusi Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15  (PRU15), semalam, kekecewaan tidak mungkin dapat dirahsiakan berikutan prestasi hambar Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri dan pusat.

Ini diakui oleh Dato’ Sri Sh Mohamed Puzi Sh Ali yang menyatakan beliau tidak menyangka banyak kerusi yang dipertandingan tewas mengejut kepada calon lawan yang tidak terkenal.

“Prestasi cemerlang BN Pahang sebelum ini yang sering dijadikan contoh negeri lain kini tercalar dan tidak dapat membentuk kerajaan negeri.

“Saya reda dengan musibah yang berlaku pada PRU15  ini. Diharapkan ia akan menjadi pengajaran berguna pada semua pihak supaya episod sama tidak berlaku pada PRU16 pula,” katanya, di sini, semalam.

Sh Mohamed Puzi yang bertanding kerusi Parlimen Pekan meraih kemenangan dengan majoriti 8,949 menewaskan empat pencabarnya.

Turut mencatat kemenangan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bebar, Dato’ Mohd Fakhruddin Mohd Ariff, calon DUN Peramu Jaya, Dato’ Mohd Nizar Najib dan calon DUN Chini, Mohd Sharim Md Zain.

Penyandang calon DUN Pulau Manis, Dato’ Mohd Khairuddin Mahmod tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN). – MOHD IMRAN IZZAD.