LIPIS: Lebih seribu pelajar keluarga kurang berkemampuan dan asnaf di Pahang menerima manfaat sumbangan bantuan persekolahan yang disalurkan melalui program MARA Prihatin sejak awal tahun ini,
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad berkata, jumlah itu termasuklah 300 pelajar yang menerima bantuan sempena Program MARA Prihatin Ramadan, hari ini.
Katanya, usaha MARA Prihatin sepanjang Ramadan kali ini diharap dapat mengurangkan beban keluarga pelajar, terutamanya menjelang Syawal ini.
“Sebahagian bantuan khas bernilai kira-kira RM20,000 ini adalah sumbangan
Yayasan Pelajaran MARA (YPM) untuk 200 pelajar sekolah rendah yang berkelayakan di Lipis.
“Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) turut memberi sumbangan zakat RM20,000 yang memberi manfaat kepada beberapa pelajar KPTM dan Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) serta pelajar lain dan asnaf yang berasal dari Lipis, ” katanya selepas merasmikan majlis MARA Prihatin Ramadan di Dewan Wisma UMNO, Lipis.
Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Lipis berkata, di samping bantuan kewangan, pelajar turut menerima sumbangan kuih raya. – MUHAMMAD NAJMIE