Masjid Paloh Hinai terima van jenazah 

Masjid Paloh Hinai terima van jenazah 

PEKAN: Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyerahkan van jenazah kepada Masjid Paloh Hinai, di sini, semalam.

Pengarah Bahagian Agihan Zakat MUIP Muhammad Hafidz Abdul Halim berkata, van jenazah yang diberikan diharap dapat memberi lebih keselesaan kepada jawatankuasa masjid menguruskan penghantaran jenazah ke tanah perkuburan.

“Setiap tahun MUIP akan menyediakan sumbangan seperti van jenazah kepada masjid. Sumbangan diberikan mengikut giliran selepas kami menerima permohonan.

“Bagi MUIP, van jenazah yang disumbangkan diharap dapat digunakan dengan sebaik mungkin terutama membabitkan servis yang perlu dilakukan,” katanya pada majlis penyerahan van jenazah itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Masjid Kariah Paloh Hinai, Abd Rashid Abd Rahman. – MOHD IMRAN IZZAD