Masjid & Surau di Temerloh Terima Sumbangan Sempena Ramadan

TEMERLOH 11 MAC 2024 (FIKRAH PAHANG) -Sebanyak 16 buah masjid dan 22 surau sekitar daerah Temerloh menerima sumbangan bagi majlis mengimarahkan masjid dan surau sempena Ramadan.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa Dan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, sumbangan RM1,500 kepada masjid dan RM500 untuk surau.

“Saya mewakili Kerajaan Pahang mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) atas inisiatif ini ianya perlu dicontohi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi lain. Melalui pemberian sumbangan ini, diharapkan masjid dan surau dapat diimarahkan dengan pelbagai aktiviti bermanfaat sepanjang Ramadan ini,” katanya di Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadhan kepada Masjid dan Surau di Dewan Tun Razak, Temerloh.

Turut hadir Yang Dipertua MPT, Suris Mihat dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Semantan, Dato’ Ridzuan Hazimin.

Oleh Kabhi Ismail