TEMERLOH: Masjid Temerloh Jaya di sini muncul masjid pertama di Pahang menggunakan tenaga solar untuk membekalkan elektrik.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Pahang, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata langkah itu amat baik dan mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan masjid berkenaan.
“Malah, penggunaan tenaga solar ini juga mampu mengurangkan pencemaran dan mesra alam. Syabas dan terima kasih pengurusan Masjid Temerloh Jaya serta TNB (Tenaga Nasional Bhd) yang tidak lupa mengambil kira soal khidmat sosial,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pemasangan Solar dan Berbuka Puasa di Masjid Temerloh Jaya di sini, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin. – HELMY ABD RAHMAN