Masjid tempat beribadah, jangan sentuh hal peribadi, politik- Agong

KUANTAN 14 April 2023 (Fikrah Pahang) -Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah mengingatkan bahawa kesucian, kemuliaan dan keharmonian institusi masjid perlu terus dipertahan dengan menjadikan ia sebagai tempat beribadah semata-mata.

” Jangan sentuh hal peribadi, politik dan perkara lain… di luar pagar masjid, terpulang pada budi bicara sendiri…

“Pihak pentadbir masjid perlu awasi mana-mana pihak nak ambil peluang bagi ceramah dan ajaran yang kurang memuaskan…

“Saya harap semua yang ingin berceramah di Pahang harus dapat tauliah,” memetik titah baginda seperti dilaporkan dalam satu portal Malaysiakini pada Majlis Perasmian Masjid Baharu yang dimasyhurkan sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Benta, Lipis yang boleh menampung kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa.

Turut berkenan berangkat ke majlis itu Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Hadir sama YAB Menteri Besar Pahang , Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengetuai barisan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan.

Oleh : Kabhi Ismail