Masuk jawi ramai-ramai dapat jimat kos

Masuk jawi ramai-ramai dapat jimat kos

KUANTAN: Program berkhatan beramai-ramai setiap kali musim cuti persekolahan perlu terus diadakan bagi menjimatkan perbelanjaan keluarga.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK), Dato’ Hamdan Hussin berkata, usaha menganjurkan program itu perlu dilakukan pelbagai pihak dengan kerjasama di antara kerajaan dan swasta.

“Saya berharap program berkhatan beramai-ramai setiap kali tiba musim cuti sekolah dijadikan budaya. Malah, bebudak pun lebih berani dan yakin sebab rakan mereka ada sama berkhatan,” katanya pada Program Khatan Perdana di Surau Balok Permai, di sini, hari ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan (ADUN) Beserah, Andansura Rabu dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perumahan Balok Permai, Ahmad Sufian Abdul Rajab.

Program anjuran KRT Taman Perumahan Balok Permai itu disertai 46 kanak-kanak, termasuk sebelas anak yatim berumur tiga hingga 12 tahun. –  MOHD IMRAN IZZAD.