BENTONG: Mayat budak lelaki yang identiti belum dikenal pasti ditemui dalam timbunan kayu kira kira 800 meter dari lokasi kejadian banjir lumpur di Bobby Eco Farm Resort, pada 10:30 pagi, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa dikeluarkan daripada timbunan kayu hanyut itu selepas pengalihan sisa dilakukan.
“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih diteruskan,” katanya.
Mayat budak lelaki tu dipercayai mangsa banjir yang menimpa 35 individu di Bobby Eco Farm Resort, Bentong, pada Sabtu lalu.
Sehingga ini, dua ditemui maut, termasuk wanita warga emas dan kanak-kanak lelaki manakala 24 dewasa serta lapan kanak-kanak sudah diselamatkan dengan seorang lagi masih hilang. – MUHAMMAD NAJMIE