Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar Mustaffa Kamal
JERANTUT: Orang ramai di sekitar kawasan Jeti Kuala Tahan di sini, terpegun dan pada masa sama kagum melihatkan aksi YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengemudi bot penumpang di Sungai Tembeling hari ini.
Wan Rosdy mempamerkan kemahirannya mengendalikan kenderaan air itu ketika melawat rumah rakit di sungai berkenaan selepas Majlis Penyampaian Surat Kelulusan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) Rumah Rakit Mukim Tembeling Daerah Jerantut di Jeti Kuala Tahan di sini, hari ini.
“Saya lama dah tak bawa bot. Dulu, masa umur 10 tahun, saya dah bawa bot sebab kampung saya di Tanjung Gahai nak ke Bukit Betong kena naik bot.
“Hari ni dapat pegang enjin bot rasa gian pula… (dapat) ‘lepas gian’, alhamdulillah. Deme (awak) nak ikut kawan (saya)? Don’t worry (jangan bimbang) insya-Allah selamat,” kata Wan Rosdy dalam rakaman video yang turut dimuat naik di aplikasi TikTok, hari ini.
Terdahulu, beliau sempat menyerahkan Lesan Pendudukan Sementara (LPS) kepada 15 orang pengusaha rumah rakit dan dua orang penerima Skim Tanah Rakyat (STR) di Jeti Kuala Tahan, di sini.
“Saya dimaklumkan, ada yang memohon sejak 1971 lagi dan bagi STR ini ia milik PSK (Perbadanan Setiausaha Kerajaan)(PSK). (Masyarakat) di sini kurang dapat tanah.. tetapi atas daya usaha kerajaan negeri, kita minta PSK untuk serah balik dan kita bagi (beri) kepada peserta,” katanya.