’
KUANTAN: Orang ramai terutama rakyat Pahang kini boleh mengikuti akaun TikTok YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Pahang, YB Dato’ Sri Mohd Johari Hussain, berkata akaun media sosial Wan Rosdy yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang itu diwujudkan untuk memudahkan orang ramai mengetahui maklumat berkaitan negeri ini secara santai.
“Ia juga untuk mendekatkan diri dengan orang muda sebab kita tahu mereka aktif menggunakan aplikasi media sosial seperti ini.
“Saya sendiri ada dua akaun TikTok,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung di laman Facebook rasmi Fikrah Pahang, di sini, malam tadi.
Menurutnya, antara kandungan video dihantar oleh Wan Rosdy adalah berkaitan peralihan Pelan Pemulihan Negara Pahang dari Fasa 2 ke Fasa 3.
“Dalam (video) tu MB sebut, kita ni dah masuk Fasa 3 (PPN), tapi jangan lupa jaga SOP (Prosedur Operasi Standard), kita jaga kita dan macam-macam lagilah,” katanya.
Wan Rosdy menggunakan akaun TikTok @tokwanrosdy dan setakat ini mempunyai enam perkongsian kandungan video.