KUANTAN 7 Jun 2024 (FIKRAH PAHANG)- YAB Menteri Besar Pahang, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail selesai menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini
Setiausaha Politiknya, Mohd Farid Mohd Nor berkata, pembedahan berjalan lancar dan beliau kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) IJN untuk pemantauan 24 jam oleh pasukan perubatan.
“Pihak keluarga YAB Menteri Besar menjunjung kasih ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang, disamping pihak yang mengadakan solat hajat, bacaan Yasin bagi mendoakan urusan rawatan Wan Rosdy berjalan lancar dan dipermudah’ katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook milik Wan Rosdy Wan Ismail.
Oeh: Kabhi Ismail