MB Pahang tawar diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO

MB Pahang tawar diri bertanding jawatan Naib Presiden UMNO

Kuantan 1 Mac 2023. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menawarkan diri bertanding mengisi salah satu daripada tiga jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu yang akan di adakan pada 18 Mac 2023.

Dato’ Sri Wan Rosdy ketika dihubungi berkata, pencalonannya bagi merebut jawatan itu adalah atas dasar kesedaran beliau akan kedudukan, imej dan prestasi UMNO semakin merosot di mata rakyat terutama selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail diiringi pimpinan UMNO Pahang ketika menyerahkan borang pencalonan di Ibu Pejabat UMNO Malaysia, WTC, Kuala Lumpur 24 Februari lalu.

“Atas kesedaran itu, saya berhasrat untuk membantu serta mencurahkan khidmat bakti serta pengalaman kepada parti sekali gus mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti terbesar orang Melayu ini”.

Kebangkitan UMNO/BN di Cameron Highlands diteruskan di pilihan raya kecil lain termasuk di Semenyih, Rantau, Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim River,” katanya.

Beliau berkata, UMNO Pahang banyak membantu parti ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan, dan dalam masa yang sama UMNO Pahang juga membantu kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah, Melaka dan Johor.

Malah pada Plihan Raya Umum (PRU15), UMNO Pahang berupaya mempertahankan 17 kerusi dewan negeri yang merupakan bukti keupayaan dan kemampuan meskipun tsunami melanda negara- Fikrah Pahang

oleh : Kabhi Ismail