Helmy Abd Rahman helmy@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob atas perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong melantik beliau sebagai YAB Perdana Menteri Ke-9.
Ucapan itu disampaikan dalam satu kenyataan di sini hari ini. “Pelantikan ini satu kebanggaan kepada rakyat terutamanya di Pahang yang mana beliau ialah anak jati negeri ini dan Ahli Parlimen Bera.
“Dengan pelantikan ini diharapkan, semua pihak memberi kerjasama agar beliau dapat menjalankan tugas dan peranannya dengan berkesan. “Lebih-lebih lagi sekarang dalam usaha menangani penularan wabak pandemik COVID-19 yang pada hari ini menempuh rekod baharu dengan lebih 23,000 kes positif,” katanya.