Helmy Abd Rahman
helmy@fikrahpahang.com.my
Gambar ihsan FB Wan Rosdy bin Wan Ismail
KUANTAN: YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada Pengarah Institut Islam Hadhari Universti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Fariza Md Sham atas penganugerahan Anugerah Kehormat ’30 Years Independence of Uzbekistan’ oleh Presiden Uzbekistan.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini, Wan Rosdy berkata, anugerah itu satu kejayaan amat dibanggakan, apatah lagi Dr Fariza merupakan Ahli Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
“Ucapan Tahniah dan Syabas saya ucapkan kepada Prof Dr Fariza, atas Penganugerahan Anugerah Kehormat ‘30 Years Independence of Uzbekistan’ oleh Presiden Uzbekistan.
“Anugerah ini satu kejayaan amat dibanggakan dan pihak MUIP berasa bertuah kerana mempunyai individu seperti Dr Fariza sebagai ahli majlis,” katanya.