MB ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi

MB ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Kapten Mohamad Affendi

KUANTAN: YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam nahas jet pejuang Hawk di Butterworth, Pulau Pinang, malam tadi.

Menerusi hantaran Facebook miliknya, beliau mendoakan semoga Allahyarham Mohamad Affendi ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

“Saya juga doakan Mejar Mohd Fareez Omar yang kini menerima rawatan di hospital, dikurniakan kesembuhan. Al-fatihah,” katanya.

Arwah Mohamad Affendi terkorban manakala Mohd Fareez Omar cedera ketika kedua-dua juruterbang itu menjalani latihan di Pengkalan TUDM Butterworth, dalam nahas udara, pada 10.07 malam tadi. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN