MBK beri diskaun 80 peratus kompaun letak kereta

MBK beri diskaun 80 peratus kompaun letak kereta

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memberikan potongan 80 peratus pengurangan kompaun letak kereta bermula 2 hingga 28 Februari ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata diskaun itu diberikan sempena ulang tahun pertama bandar raya Kuantan. 

Sehubungan itu, katanya, diskaun yang diberikan diharap dimanfaatkan pemilik kenderaan yang masih belum menjelaskan kompaun mereka. 

“Diskaun 80 peratus iniĀ  bermula pada 2 hingga 28 Februari ini. Kompaun boleh dibayar di pondok jualan kupon letak kereta, kaunter cawangan dan kaunter ibu pejabat MBK,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHINĀ