MBK buka 30 tapak Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

MBK buka 30 tapak Pasar Ramadan, Bazar Aidilfitri

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menyediakan tiga puluh lokasi Pasar Ramadan Bazar Aidilfitri, di daerah ini, tahun ini. 

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata jumlah itu membabitkan 25 Pasar Ramadan dan lima Bazar Aidilfitri yang akan beroperasi sepanjang Ramadan, awal April ini.

Menurutnya, 1,202 permit berniaga diluluskan kepada peniaga yang akan diusahakan oleh 21 individu atau penganjur.

“MBK akan memantau aktiviti dan perjalanan perniagaan di semua Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri di daerah ini bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan.

“Penyerahan permit menganjurkan Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Lestari dan Pintar akan diadakan Rabu depan,” katanya, di sini.

Beliau berkata, MBK akan memastikan peniaga dan pengunjung Pasar Ramadan dan Bazar Aidilfitri mematuhi prosedur operasi standard (SOP) selain sentiasa menjaga kebersihan. – MOHD IMRAN IZZAD