MBK kecewa, sedih berlaku vandalisme di Kuantan Art Street

MBK kecewa, sedih berlaku vandalisme di Kuantan Art Street

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) kecewa apabila beberapa aksesori pada lukisan mural di Kuantan Art Street rosak.

Kekecewaan itu diluahkan menerusi hantaran Facebook rasmi MBK, yang terkilan dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan itu.

“Kecewa dan sedih bila melihat budaya vandalisme di bandaraya ini masih berlarutan tanpa noktah.

“Usaha mengindah dan menceriakan seolah tak dihargai pengunjung mahu pun pemilik bangunan.

“Mural dan Art  Street di tempat lain telah lama ada dan masih kekal cantik tetapi di Kuantan?,” katanya menerusi hantaran itu.

Kuantan Art Street yang dibuka secara rasmi pada 21 Februari tahun lalu , kini menjadi pilihan utama orang ramai berkunjung.

Bagaimanapun, sikap tidak peka individu tidak bertanggungjawab terbabit merosakkan aksesori pada lukisan mural amat dikesali. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN