MBK minta peniaga patuh SOP pasar Ramadan

MBK minta peniaga patuh SOP pasar Ramadan

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) memberi mengingatkan peniaga pasar Ramadan agar selalu patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal berkata, Bahagian Penguatkuasa MBK setiap hari melakukan pemeriksaan dan pemantauan di semua 25 Pasar Ramadan di daerah ini.

Menurutnya, antara SOP yang perlu dipatuhi peniaga termasuk dua pekerja dibenarkan bagi setiap gerai, perlu memakai penutup kepala dan menggunakan apron sepanjang berniaga.

“Peniaga juga perlu menutup makanan yang dijual bagi mengelak habuk, lalat dan perlu sentiasa menjaga kebersihan di gerai masing-masing.

“Pemeriksaan dilakukan mendapati kebanyakan peniaga mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya. 

Beliau berkata, tinjauan juga mendapati sambutan pengguna terhadap pasar Ramadan amat baik. – MOHD IMRAN IZZAD