KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menawarkan hadiah utama, masing-masing seunit Perodua Myvi dan Axia kepada pembayar cukai bertuah.
Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata tawaran cabutan bertuah itu sempena ulangtahun pertama Kuantan sebagai bandar raya.
Katanya, selain kereta, hadiah lain yang turut ditawarkan ialah motosikal, basikal dan barang elektrik.
“Penyertaan terbuka kepada semua pemegang akaun cukai taksiran am dengan MBK.
“Penyertaan adalah tertakluk kepada pemegang akaun cukai taksiran am yang telah menjelaskan semua tunggakan cukai taksiran termasuk tuntutan cukai bagi setengah tahun pertama dan kedua tahun 2022,” katanya.
Bagi merebut peluang cabutan hadiah utama iaitu Perodua Myvi dan Axia, beliau berkata, keseluruhan bayaran cukai taksiran bagi tahun 2022 hendaklah dijelaskan sebelum atau pada 30 Jun 2022.
Katanya, tempoh penyertaan bermula 3 Januari lalu hingga 30 November depan bagi berpeluang memenangi hadiah-hadiah istimewa.
“Peserta mestilah bebas daripada sebarang bentuk tunggakan berdasarkan semakan sistem i clean. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 09-5052651/2652 pada waktu pejabat,” kataya.- MUHAMMAD IZZ ZAHIN