KUANTAN: Prihatin nasib penduduk Kampung Melayu, Sungai Lembing, di sini yang terkesan dengan banjir, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menggerakkan pasukan ‘Kuantan Mobile We Care’ ke kampung terbabit.
Menerusi hantaran Facebook MBK, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengambil inisiatif mengagihkan pelbagai barangan antaranya pakaian terpakai, sejadah, telekung dan air mineral kepada penduduk kampung.
Hantaran yang dikongsikan itu memaklumkan ia sebagai tanda keprihatinan MBK bagi meringankan beban yang ditanggung manga selepas kediaman mereka dilanda banjir.
Musibah banjir kali ini menyaksikan Sungai Lembing antara kawasan terjejas teruk termasuk beberapa taman perumahan seperti Taman Impian Perdana, Desa Bistari, Bukit Rangin, Pandan dan Seri Damai. -MUHAMMAD IZZ ZAHIN