MBK prihatin nasib peminta sedekah

MBK prihatin nasib peminta sedekah

Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: Prihatin dengan nasib peminta sedekah di sekitar bandar raya ini, Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengambil inisiatif menghulurkan bantuan makanan kepada golongan berkenaan.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporatnya, Norkamawati Kamal, berkata, setakat ini, tiada had pemberian bantuan makanan yang diberikan setiap hari.

KUANTAN. Anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menghulurkan bantuan makanan kepada peminta sedekah di sekitar bandar raya Kuantan

Sebaliknya, beliau berkata, anggota penguat kuasa MBK akan menghulurkan bantuan makanan itu berdasarkan pemerhatian yang dilakukan di sekitar bandar raya

“Sebenarnya, pemberian ini atas dasar keprihatinan MBK ketika negara berdepan dengan penularan kes COVID-19.

“Setakat ini, bantuan lebih kepada pemberian makanan dan minuman kepada golongan peminta sedekah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, seramai tujuh individu menerima bantuan makanan itu semalam kerana ia bergantung kepada pemerhatian anggota penguat kuasa MBK.

“Diharapkan pemberian makanan ini dapat menceriakan golongan berkenaan,” katanya.