MBK Rai Pengamal Media di Majlis Ifta

KUANTAN 22 Mac 2024. (FIKRAH PAHANG) Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuantan, Dato’ Razihan Adzharuddin berpeluang beramah mesra  bersama wartawan, jurugambar dan pengamal media dalam Majlis Berbuka Puasa Majlis Bandaraya Kuantan bersama media  yang diadakan di sebuah restoran di sini petang tadi.

Program berkenaan juga  memberi peluang  pihak pengurusan  dan pengamal media meluangkan masa disamping mengeratkan lagi hubungan baik serta menghargai komitmen media terutamanya dalam membuat liputan.

” Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) sangat berbesar hati mendapat kerjasama yang tidak berbelah bahagi  daripada pihak agensi media dalam usaha menyampaikan perkembangan dan program yang dilaksanakan   kepada orang ramai, semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang”.

Beliau berkata demikian dalam ketika menyampaikan ucapan  sempena Majlis Iftar Majlis Bandaraya Kuantan (MBK)  bersama media.

Oleh: Kabhi Ismail