MBK tubuh Unit Rondaan Berbasikal

MBK tubuh Unit Rondaan Berbasikal

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menubuhkan Unit Rondaan Berbasikal sebagai alternatif untuk melaksanakan pemantauan dan tindakan penguat kuasaan sekitar bandar raya ini.

Ketua Seksyen Perhubungan Awam dan Korporat MBK, Norkamawati Kamal, berkata setakat ini, lima penguatkuasa MBK terpilih menganggotai unit berkenaan.

“Empat lokasi menjadi tumpuan unit ini iaitu Taman Esplanade, Esplanade Tanjung Api, Menara 188 Kuantan dan Kuantan Art Street yang akan bertugas setiap Ahad mulai semalam.

“Pada masa sama, penubuhan unit ini sekali gus dapat meningkatkan produktiviti anggota penguat kuasa melalui amalan gaya hidup sihat dan seimbang serta lebih mesra rakyat,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, unit berkenaan akan menjalankan rondaan bermula 8 pagi hingga 5 petang setiap Ahad.

“Setakat ini, lima anggota terbabit bertugas hanya pada Ahad. Mereka bukan sahaja melakukan pemantauan, malah mempunyai kuasa mengeluarkan kompaun terhadap individu yang didapati melakukan kesalahan,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN