Membina Kembali Kekuatan UMNO

UMNO perlu bangkit dan menyusun gerak kerja selepas berlaku beberapa perubahan kepimpinan diperingkat akar umbi pada Pemilihan UMNO 2023-2026 baru-baru ini khususnya peringkat sayap Pemuda dan Puteri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.


Umum mengetahui jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan selepas ketetapan Persidangan Agung UMNO yang lalu, namun tumpuan pemilihan lebih kepada pemilihan tiga jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO.

Barisan Naib Presiden UMNO 2023-2026 menyaksikan dua muka baharu mengisi tiga tempat jawatan itu pada Pemilihan UMNO kali ini.

Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani manakala Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengekalkan jawatannya,

Pada persidangan 18 March lalu, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Menteri Besar Pahang memperoleh 111 undi daripada 189 bahagian , diikuti Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 100 undi dan 93 undi dimiliki Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Bagi Datuk Seri Azalina Othman Said dalam kenyataan di Facebooknya menyifatkan jiwa dan raganya tetap bersama Umno, walaupun tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden.

Beliau yang kekal sebagai Ketua Umno Bahagian Pengerang berkata, walaupun tidak terpilih dalam Top 5 kepimpinan utama, ia tidak sedikitpun mematahkan semangatnya.

Katanya lagi , pemilihan Umno bagi sesi 2023-2026 telah menyaksikan suara perwakilan di seluruh negara dan beliau berlapang dada serta menghormati pilihan perwakilan.

Dalam hantaran di Facebook rasminya, YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail yang baharu dipilih mengisi jawatan Naib Presiden UMNO sesi 2023-2026 bersedia menjalankan tanggungjawab lebih besar dalam usaha membina kembali kekuatan Umno.

Beliau yang juga Menteri Besar Pahang Pahang ke 14 sejak Mei 2018 yakin dengan berbekalkan pengalaman mentadbir kerajaan dan juga parti dapat membantu Presiden, Timbalan Presiden serta seluruh kepimpinan kembali bangkit dan kekal relevan mengembalikan sokongan rakyat kepada UMNO terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 nanti

Ironinya UMNO perlu kukuh dan bersatu padu. Pilihan Raya Umum (PRU 15) rakyat telah menolak UMNO, inilah masanya kepimpinan baru membuktikan bahawa UMNO akan kembali bangkit dan terus kekal relevan dalam menjaga kebajikan rakyat. Amanah dan tanggungjawab telah diberikan oleh hampir 3 juta ahli UMNO kepada pucuk pimpinan menentukan dasar dan halatuju perjuangan. Kini waktu bekerja dan menyakini rakyat. UMNO perlu dilihat sebagai pejuang rakyat.