Menara 188, Mini Zoo dan Terowong Sungai Lembing ditutup

Menara 188, Mini Zoo dan Terowong Sungai Lembing ditutup

 

Oleh Mohd Imran Izzad 

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) menutup sementara Menara 188, Mini Zoo Taman Teruntum dan Terowong Lombong Sungai Lembing, di sini, bagi kerja naik taraf dan pembaikan.

Datuk Bandar MBK, Dato’ Hamdan Hussin, berkata beberapa isu teknikal di Menara 188 dikenal pasti dan memerlukan kerja pembaikan begitu juga di Terowong Lombong Sungai Lembing. 

“Mini Zoo Taman Teruntum kini masih dalam kerja naik taraf. Oleh itu, kita ditutup kepada pengunjung. Kerja menaik taraf mini zoo dijangka selesai awal tahun depan.

“Orang ramai diingatkan tidak lalai dengan kelonggaran yang diberikan sebaliknya perlu mematuhi segala SOP yang ditetapkan,” katanya.