JERANTUT: Kira-kira tiga ratus wanita UMNO menyertai program Tadarus dan Khatam al-Quran Peringkat Negeri Pahang, di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut, kemarin.
Ketua Wanita UMNO Pahang, Dato’ Siti Hajar Mubin berkata, majlis khatam al-Quran dipimpin oleh Ustazah Intan daripada Radio FM Pahang berserta ceramah bertajuk ‘Syurga dambaan wanita’.
Latanya, Kadi Daerah Jerantut, Syarifuddin Mohammed Saad turut memberi ceramah bertajuk ‘Mengejar pahala lailatul qadar’.
Beliau berkata, tadarus al-Ouran itu berjaya diselesaikan dalam kira-kira 90 minit dan berharap mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini. – MUHAMMAD NAJMIE