Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my
KUANTAN: Ahli Parlimen Bera, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih atas limpah perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melantiknya sebagai Perdana Menteri.
Ismail Sabri turut berterima kasih kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.
“Patik menjunjung kasih atas limpah perkenan Seri Paduka Baginda terhadap pelantikan patik sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Terima kasih juga kepada semua Ahli Dewan Rakyat atas sokongan dan kepercayaan. Insya-Allah saya akan menjalankan tugas ini untuk Malaysia,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.
Ismail Sabri selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Seri Paduka Baginda di Istana Negara, pada 2.28 petang, hari ini.