Menjunjung kasih Tuanku

Menjunjung kasih Tuanku

Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@fikrahpahang.com.my

KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli berangkat mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan, di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam.

Istana Negara menerusi hantaran Facebook rasmi, hari ini, memaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang kepada semua keluarga terbabit.

Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni keluarga itu yang mana mencerminkan kepribadian tinggi Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

Semoga sumbangan Seri Paduka Baginda itu dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutama dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ketika sedang dilaksanakan.

Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Muda, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.