KUANTAN: Lebih 900 pokok pelbagai spesies disediakan sempena Pahang Pride Kid (anak kebanggaan Pahang) di Kuantan dan Paya Besar.
Pegawai Pejabat Hutan Daerah (PHD) Kuantan, Pekan dan Maran, Norshazlee Roslee berkata pokok merawan paling banyak disediakan pihaknya di daerah ini.
Menurutnya, bentuk yang menarik, mudah penjagaan, peratus hidup tinggi dan saiz tidak terlalu besar menjadi faktor utama pihaknya memilih pokok merawan untuk ditanam.
“Bagi Parlimen Paya Besar pinggiran Universiti Malaysia Pahang (UMP) kampus Gambang menjadi lokasi tanaman. Kawasan berkenaan menjadi laluan pintu masuk ke daerah ini daripada Lebuhraya Pantai Timur (LPT).
“Parlimen Kuantan lokasi tanaman di Taman Tasik Lestari Jalan Teluk Sisik kerana kawasan itu antara tempat riadah penduduk setempat,” katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata, program Pride Kid di Parlimen Pekan dan Parlimen Maran akan diadakan tidak lama lagi. – MOHD IMRAN IZZAD