Meriahnya program berkhatan di DUN Kerdau

Meriahnya program berkhatan di DUN Kerdau

TEMERLOH:  “Berkhatan beramai-ramai amat sesuai sekali kerana dapat mengurangkan ketakutan dan gemuruh kanak-kanak,” kata Adilutra Arjulinas, 37.

Adilutra berkata, anak keempatnya, Muhammad Umar, 10, tidak takut apabila tahu akan menyertai program itu, terutama selepas melihat ramai rakan sebaya ada bersamanya.

Adiputra  Arjulinas, 37 ( kiri)
bersama anak keempatnya   Muhammad Umar, 10 tahun

Muhammad Umar yang bersetuju dengan pendapat ayahnya, berkata: “Saya begitu teruja  hendak menyertai program ini dan asyik membilang hari untuk dikhatankan sejak minggu lalu.” 

Muhamad Akif Zafran Mohd Sapian, murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Gunung Senyum, berkata barulah dia tahu berkhatan itu tidaklah sakit seperti yang disangkakan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata program tahunan itu adalah untuk memberi peluang kepada penduduk luar bandar khususnya golongan berpendapatan rendah mengkhatankan anak mereka. 

Dato’ Sri Syed Ibrahim Syed Ahmad  (kanan)  bersama   di Program Khatan Beramai-Ramai Dun Kerdau di kediamannya, Bukit Sedang, Kuala Tekal, Temerloh

Kataya, seratus kanak kanak dari 28 kampung dan tiga tanah rancangan iaitu FELDA Jengka 22,23 dan 25 menyertai program itu. 

“Selain mengurangkan beban ibu bapa kerana semua kos ditanggung, dapat juga menjimatkan masa. Ini kerana mereka perlu pergi ke hospital yang jauhnya kira-kira 30 kilometer dari kawasan ini jika hendak mengkhatankan anak,” katanya. – MUHAMMAD NAJMIE