Meriahnya Tautan Kasih Kampung Seberang

Meriahnya Tautan Kasih Kampung Seberang

KUANTAN: Kira-kira tga ratus penduduk terdiri daripada 46 keluarga memeriahkan program Tautan Kasih Kampung Seberang, Sungai Lembing, pada raya kedua Adiladha, di sini, semalam.

Program yang kali pertama dianjurkan oleh Jawatankuasa Anak-Anak Seberang itu bertujuan untuk menghimpun dan mengeratkan hubungan antara penduduk kampung berkenaan.

Ahli Jawatankuasa penganjur, Mokhtar Hamzah, berkata pihaknya berbangga apabila perancangan penganjuran sejak Mei lalu akhirnya menjadi kenyataan.

Katanya, kehadiran penduduk yang menghimpunkan empat generasi berusia di antara dua hingga 90 tahun mencapai matlamat.

“Terima kasih kepada semua yang hadir dalam memeriahkan hubungan antara penduduk yang dianggap sebagai keluarga besar.

“Dengan komitmen semua pihak, program itu berjaya dilaksanakan dan diharap dapat diadakan pada masa depan,” katanya.

Program Tautan Kasih turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli Parlimen Paya Besar, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1.

Turut hadir, Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Dato’ Omar Arbain Dollah

MUHAMMAD IZZ ZAHIN