Mesin kacau dodol untuk Hasmizan

Mesin kacau dodol untuk Hasmizan

BERA: Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menyerahkan bantuan mesin pengadun kepada usahawan dodol, Hasmizan Hasan, di Taman Merbau Indah, di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, bantuan kepada asnaf itu diharap dapat memajukan lagi perniagaan yang diusahakannya.

Menurutnya, pemberina mesin itu diluluskan selepas pegawai MUIP cawangan Bera membuat tinjauan ke bengkel Hasmizan.

“Hasmizan mempunyai semangat dan kesungguhan yang tinggi untuk maju dalam bidang perniagaan.Kita harap Hasmizan menjadi contoh kepada usahawan lain,” katanya.

Beliau berkata, MUIP akan terus berusaha membantu asnaf bebas daripada kemiskinan di samping menolong mereka yang minat dengan bidang perniagaan.

Asmadi berkata, asnaf yang memerlukan bantuan perlu berhubung terus dengan MUIP cawangan terdekat. – MOHD IMRAN IZZAD