Misi sulung Tuck, Aguero

Misi sulung Tuck, Aguero

DUA pemain naturalisasi Sri Pahang FC, Lee Tuck dan Sergio Aguero tidak sabar tampil buat kali pertama dalam pertemuan Piala Malaysia menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Khamis ini.

Bagi Tuck, dia sememangnya menantikan saat itu untuk membantu Sri Pahang beroleh keputusan cemerlang pada kempen piala berprestij itu.

“Saya menantikan perlawanan itu terutama bertemu pasukan lama saya dan berharap Sri Pahang menang ke atas Terengganu,” katanya.

Aguero pula berkata, dia begitu teruja untuk bersama rakan sepasukan untuk cuba mengecewakan Terengganu.

Pada 7 September lalu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memaklumkan rayuan Sri Pahang untuk mendaftarkan Lee Tuck dan Aguero sebagai pemain tempatan dalam saingan Liga M 2022 diluluskan dan dibenarkan beraksi di Piala Malaysia. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN