Misi tebus kecewa Abdul Malik

Misi tebus kecewa Abdul Malik

PENYERANG Sri Pahang FC, Abdul Malik Mat Ariff akan menjadikan perlawanan menentang Melaka United, Sabtu ini, sebagai detik kebangkitan untuk muncul selaku penjaring.

Tidak hairanlah, pemain berusia 31 tahun itu mempertingkatkan persediaan sepanjang latihan untuk memastikan sentuhan berbisa mampu diterjemahkan pada perlawanan itu.

“Selepas dua perlawanan, saya kecewa kerana tidak dapat menjaringkan gol buat pasukan. Memang banyak peluang yang dimiliki tetapi gagal membolosi gawang lawan.

“Diharapkan perlawanan ketiga akan berpihak kepada saya dan pada masa sama mahu memastikan Sri pahang mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini,” katanya.

Abdul Malik berkata, sokongan dan kerjasama daripada rakan sepasukan juga ditagih untuk memastikan aksi di tempat sendiri berakhir dengan kegembiraan..

“Oleh itu, sokongan peminat diharap membantu Sri Pahang mengutip tiga mata,” katanya. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN