KUANTAN: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan mengadakan program suntikan vaksin secara jumpa terus bagi dos penggalak dan kanak-kanak, Sabtu ini.
Menerusi hantaran Facebook rasmi PKD Kuantan, suntikan vaksin itu akan membabitkan tiga Klinik Kesihatan (KK) di daerah ini.
Klinik berkenaan ialah KK Beserah, KK Indera Mahkota dan KK Kurnia yang bermula dari 8.30 pagi hingga 11 pagi.
Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk mendapatkan dos penggalak dan vaksin kanak-kanak sebagai perlindungan diri dan keluarga.
Ia juga bertujuan mengurangkan risiko dan komplikasi Covid-19 terutama pada musim perayaan. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN