Moh aokme ambil vaksin

Moh aokme ambil vaksin

KUANTAN: Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuantan menganjurkan suntikan vaksin secara jumpa terus, pada 19 Mac ini.

Menerusi hantaran Facebook rasmi MBK, suntikan vaksin itu akan diadakan di Dewan MBK, di sini, bermula 9 pagi hingga 4 petang.

Pemberian vaksin itu terbuka kepada warga Malaysia dan bukan warganegara berumur lima tahun ke atas.

Namun, kanak-kanak dan remaja berumur 18 tahun ke bawah perlu hadir bersama ibu bapa atau penjaga.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir untuk menerima suntikan vaksin bagi kanak-kanak dan dewasa untuk dos pertama, dos kedua dan dos penggalak. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN