LIPIS: “Kita sama-sama doakan negara kembali pulih seperti sedia-kala daripada musibah (banjir) yang melanda,” kata YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengajak semua rakyat Pahang supaya sama-sama berdoa supaya musibah banjir segera pergi.
Menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya hari ini, Wan Rosdy sempat mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Bukit Betong Sekolah Kebangsaan Batu Yon, di ini.
“Alhamdulillah, keadaan semua mangsa di sini selamat. Terima kasih kepada pihak berkuasa yang segera menghulurkan bantuan awal kepada mereka.
“Saya ingin nasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dalam musim yang tidak menentu ketika ini,” katanya.
Setakat jam 2 petang hari ini, seramai 11,377 mangsa daripada 3,189 keluarga dipindahkan ke 171 PPS di seluruh Pahang. – HELMY ABD RAHMAN