Moh beraya di Bera esok

Moh beraya di Bera esok

KUANTAN: YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menjemput orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera, esok.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera memaklumkan majlis itu akan diadakan di Laman Kerayong, Bera, dari 9 pagi hingga 2 petang.

“Sabtu ini (7 Mei 2022) jom hadir beramai-ramai ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera. Bawa sekali anak-anak, keluarga dan rakan taulan. Kita beraya bersama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook. – MUHAMMAD IZZ ZAHIN