KUANTAN: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) mengadakan pertandingan mencipta logo Taman Eko-Rimba (TER) Mossy Forest, Cameron Highlands dalam usaha merancakkan aktiviti mempromosikan pusat pelancongan itu.
Pertandingan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM6,000, baucar penginapan, sijil penyertaan dan diadakan sepanjang dua bulan sehingga 15 April depan.
Penolong Pengarah Kanan (Hutan Lipur) JPNP, Regina Mariah Jong berkata, ciptaan terbaik akan menjadi logo rasmi TER Mossy Forest.
Menurutnya, pertandingan berkenaan mendapat kerjasama Kerajaan Pahang dan Tourism Malaysia Pahang yang sentiasa menyokong JPNP dalam memajukan sektor pelancongan di negeri ini.
Katanya, juara akan menerima RM3,000, baucar penginapan, sijil penyertaan dan hadiah iringan.
“Mereka berminat boleh layari forestry.pahang.gov.my untuk maklumat lanjut,” katanya. – MOHD IMRAN IZZAD