Moh cuti kite weh

Moh cuti kite weh

Oleh Muhammad Izz Zahin

fikrahpahang@gmail.com

KUANTAN: Kira-kira dua ribu Baucar Pelancongan bernilai RM50,000 ditawarkan kepada orang ramai dalam usaha merancakkan semula sektor pelancongan di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsudin, berkata seribu baucer yang ditawarkan bernilai RM30 manakala baki seribu lagi bernilai RM20.

Katanya, baucar pelancongan itu boleh didapati melalui aplikasi PahangGo iaitu diskaun membabitkan lebih 100 hotel bajet terpilih di Pahang.

“Kerjasama antara Tourism Pahang dan PahangGo ini bertujuan merancakkan lagi industri pelancongan di Pahang yang terjejas hampir dua tahun menghadapi wabak pandemik Covid-19.

“Selain membantu mempromosikan destinasi pelancongan di Pahang, ia juga memberi satu daya penarik kepada hotel bajet yang terbabit dalam program Baucar Pelancongan ini.

“Ia juga secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan lagi penggunaan aplikasi PahangGo. Sehingga ini, lebih 50,000 pengguna sudah memuat turun aplikasi itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pelancaran Baucar Pelancongan menggunakan aplikasi Pahang Go itu disempurnakan YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail di Majlis Perbandaran Bentong, Bentong, semalam.