Oleh Muhammad Izz Zahin
fikrahpahang@gmail.com
PEKAN: Penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini, khususnya di FELDA Chini 2, diharap dapat memanfaatkan gelanggang futsal yang baharu dinaik taraf.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini, Sharim Md Zain, berkata kemudahan itu diberi wajah baharu melalui peruntukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Katanya, peruntukan itu dimohon daripada Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini, tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya berbesar hati apabila menerima replika kunci daripada kontraktor yang telah menyiapkan gelanggang ini sebagai simbolik penyerahan kemudahan sukan ini.
“Semoga gelanggang serbaguna ini terus memberikan manfaat yang baik terutama kepada generasi baru DUN CHINI,” katanya.
Hadir sama pada penyerahan kunci itu ialah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Pahang, Muazamir Jili dan Pengerusi Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) FELDA Chini 2, Mohd IrmanĀ Mohamad Shazali.