Oleh Mohd Imran Izzad
fikrahpahang@gmail.com
KUANTAN: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengadakan pelbagai aktiviti sempena program Sambutan Ulang Tahun Ke-56 FAMA di Pasar Tani Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan, esok.
Pengarah FAMA Pahang, Saiful Sadri berkata, antara acara menarik ialah program ‘happy hour’ iaitu membabitkan jualan kombo RM5.60 sekilogram pelbagai hasil tani.
Menurutnya, aktiviti lain ialah jualan promosi karavan tani, produk Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Melaka dan jualan pelbagai jenis makanan tempatan.
Beliau berkata, program itu akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Pahang, Dato’ Abd Rahim Muda