KUANTAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang yakin masih terdapat Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini yang tidak mendaftar dengan pihaknya
Pengarah JKM Pahang, Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin berkata individu OKU yang tidak mendaftar dengan JKM dianggap rugi kerana mereka tidak berpeluang menerima pelbagai bantuan dan kemudahan disediakan kerajaan.
Menurutnya, di Pahang kini terdapat 36,315 individu OKU yang berdaftar dengan JKM, mereka membabitkan tujuh kategori kecacatan iaitu penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, pembelajaran, mental dan pelbagai.
“Masalah pembelajaran jumlah tertinggi iaitu 13,741 individu diikuti 12,867 OKU fizikal, penglihatan (3,242), pendengaran (2,074), pelbagai (1,756) dan pertuturan (221).
“Individu terbabit menerima bantuan disediakan kerajaan yang dikategorikan sebagai elaun pekerja OKU RM450 sebulan, bantuan OKU tidak bekerja RM300 dan bantuan pesakit terlantar RM500,” katanya, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kempen MYDAFTAROKU yang dibuat secara dalam talian dan bersemuka di semua pejabat JKM daerah.- MOHD IMRAN IZZAD