Moh Kita Berdoa Buat DatoSri’ Najib – Wan Rosdy

KUANTAN 02 April 2023 Naib Presiden UMNO yang juga YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail merasa sedih dan simpati terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan pada 31 Mac 2023 yang menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak untuk diberi kebenaran menyemak keputusan rayuan akhir berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

” Sebagai rakyat Malaysia yang patuh kepada undang-undang, saya akur dengan keputusan mahkamah yang tidak menyebelahi Dato Sri Najib”. katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini.

Beliau bagaimanapun berharap masih ada ruang perundangan bagi membolehkan Dato’ Sri Najib mendapat pembelaan sewajarnya dan akan terus memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Dato’ Sri Najib walau dalam apa jua keadaan.

“Saya memohon semua pihak terutamanya ahli-ahli UMNO dapat bersabar dan bertenang serta teruskan berdoa semoga Allah SWT memberi kekuatan dan ketabahan kepada Dato’ Sri Najib untuk menghadapi dugaan yang besar ini”. katanya.

Oleh: KABHI ISMAIL