BENTONG: Penduduk di Bentong boleh memperoleh barangan keperluan harian lebih murah pada Program MyRakyat, di tempat letak kereta Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong, Jumat dan Sab ini.
Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA), Sharil Samsir Amran berkata, program dua hari itu menumpukan penjualan ayam, ikan, tepung, minyak masak, gula, buah-buahan dan kuih dengan kadar 20 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran.
“Ayam RM15 seekor, ikan patin dan tilapia RM17 sekilogram (kg), selayang RM10/kg, sotong ring RM12/kg dan kembung RM12/kg,” katanya.
Selain itu, katanya, turut diadakan jualan terus dari ladang iaitu produk Agromas dan pertunjukkan cantuman pokok durian.